
Kandungan Surat
B Senator Isaiah Jacob,
Kami merupakan ahli komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) yang terdiri daripada individu OKU, aktivis hak OKU, rakan sepenjagaan dan individu-individu sekutu kepada OKU. Kami amat kecewa sekali dengan kenyataan dan pendirian anda baru-baru ini dalam wawancara profil dengan laman berita atas talian Malaysiakini yang telah diterbitkan pada 22 April 2024 — yang dibawa ke perhatian komuniti OKU kami pada 1 Mei. Suara kami mencerminkan kepelbagaian realiti kehidupan kami. Di antara kami juga terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran yang mendalam dari bidang penyelidikan, advokasi, latihan, pembangunan dasar dalam pelbagai sektor, mahupun dari segi undang-undang, hak asasi manusia, media, pembinaan komuniti, pemerkasaan diri, pendidikan, penjagaan kesihatan dan kesihatan awam, pembela kesaksamaan jantina, ICT, seni dan seterusnya.
Ini adalah surat terbuka untuk meluahkan pandangan kolektif kami sebagai respons kepada isu dan pendirian yang anda telah bangkitkan dari sudut kedudukan rasmi anda sandingi sekarang, sebagai seorang ahli Senator di Dewan Negara kita. Anda juga merupakan seorang ahli Dewan Negara yang dikurniakan mandat untuk mewakili suara komuniti Orang Kurang Upaya (OKU); satu tanggungjawab besar yang melangkau pendirian peribadi anda.
Kekerapan anda berterusan untuk mengetengahkan istilah “golongan istimewa” adalah pendirian yang bercanggah dengan kedudukan anda di Dewan Negara.
Sebagai Senator apa yang beliau lakukan selama ini untuk masyarakat selain berbicara tentang istilah sejak hari pertama? Ia tidak mengubah hakikat bahawa anak saya tidak boleh bersekolah atau mendapat pekerjaan nanti. Apakah hak sebenar OKU di Malaysia? Saya merayu agar Senator mengusahakan lebih daripada sekadar berbalah tentang istilah untuk melabelkan anak saya, sedangkan kami telah terima pakai ‘Orang Kurang Upaya’ secara meluas dan sah. Ini memecahbelahkan kami, bukannya menyatukan kami untuk maju bersama.
-Pembela Hak OKU dan ibu kepada seorang anak OKU.
Istilah “Orang Kurang Upaya” merupakan satu istilah yang digunakan secara meluas berikutan rundingan dan persetujuan di antara komuniti OKU dan Kerajaan. Pada 26 Jun 2023, tiga bulan sejurus pelantikan anda sebagai Senator, lima wakil komuniti OKU kami telah bertemu dengan anda demi menyerahkan surat rasmi secara tangan kepada YB mengenai penggunaan istilah berkaitan OKU yang lebih hormat dan sesuai. Surat tersebut mengandungi lebih daripada 100 penandatangan yang merangkumi perwakilan daripada lebih 70 organisasi di Malaysia. Pada ketika itu, kami amat berharap penyampaian suara dan hasrat kami melalui surat tersebut, menampakkan sokongan yang kuat dari kami kepada YB untuk menunaikan mandat Dewan Negara anda dengan baik.
Kami juga ingin mengingatkan anda bahawa Garis Panduan Bahasa Inklusif Orang Kurang Upaya yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan bahawa:
Penggunaan istilah ‘istimewa’ apabila dikaitkan dengan Orang Kurang Upaya lazimnya ditolak oleh komuniti tersebut, kerana ia dianggap menyinggung dan merendahkan martabat mereka kerana ia merupakan sesuatu istilah berunsur eufemisme yang menolak dan mendiskriminasi terhadap sesuatu yang dianggap berbeza dari normal.
Komuniti Orang Kurang Upaya dan rakan sepenjagaan sama ada dari peringkat antarabangsa mahupun Malaysia, telah sekian lama menjauhkan diri daripada penggunaan istilah yang negatif. Komuniti OKU sendiri lebih mengutamakan penggunaan istilah “Orang Kurang Upaya” sebagai istilah yang dipersetujui bersama dan sebagai tanda penerimaan ketidakupayaan sebagai identiti mereka sendiri, dan bukan sesuatu yang mengaibkan.
Kami amat terkilan sekali dengan pendirian Senator yang berterusan menentang terminologi yang juga disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di peringkat antarabangsa dan juga merupakan istilah rasmi yang terkandung dalam Akta Orang Kurang Upaya Malaysia, 2008. Daripada memecahbelahkan komuniti OKU kami dan mengalih perhatian daripada isu teras yang kami dihadap, bukankah lebih baik, tenaga dan perhatian Senator ditumpukan untuk menangani isu-isu hak OKU yang lebih kritikal?
Penggunaan istilah berunsur eufemisme seperti “orang istimewa” dan “kelainan upaya” amat meremehkan nilai perjuangan komuniti kami dan mengabaikan cabaran hidup sebenar yang dihadapi oleh komuniti OKU. Ia juga mengalihkan tumpuan daripada tanggungjawab sewajar daripada masyarakat umum untuk mengubah persepsi mereka terhadap OKU dan mengusahakan keterangkuman komuniti OKU yang saksama dalam semua aspek kehidupan. Kami menggesa YB untuk lupakan label dangkal yang bersalut gula. Tolong berhenti menyisihkan usaha-usaha komuniti OKU dan Senator-Senator bagi OKU yang terdahulu.
Komuniti OKU memerlukan pemimpin dan wakil yang sanggup melapangkan hati untuk memahami hak asasi OKU dari persefahaman rangka dan perspektif antarabangsa dan domestik. Pemahaman ini adalah asas untuk mencari penyelesaian untuk isu-isu yang dihadapi oleh komuniti OKU kami. Pemahaman ini juga amat penting demi menyatukan komuniti OKU kami.
Adakah wajar untuk Tuan Senator mempertikaikan kebolehcapaian komuniti OKU anda sendiri di media secara umum? Adakah ini suatu kaedah yang boleh membangkitkan martabat komuniti OKU kami, atau menambah buruk persepsi orang ramai? Bukankah mandat Tuan Senator sendiri adalah untuk merapatkan kerjasama di antara komuniti kami dengan kerajaan?
Tuan Senator juga mengeluh bahawa “…terdapat terlalu banyak kumpulan dan komuniti yang menganggap mereka sendiri sebagai wakil komuniti OKU.” Ini dijadikan asas perselisihan fahaman antara komuniti OKU dengan kerajaan. Tuan juga menyampaikan suatu persepsi yang kerajaan telah “mengabaikan kami, mendakwa kami tidak bersatu dan terlalu sukar untuk mencapai persetujuan mengenai perkara yang diperlukan, ….”
Tetapi, apa yang Tuan Senator anggap sebagai ancaman sebenarnya adalah tindak balas dan akibat daripada keperluan-keperluan asas kami yang tidak dipenuhi. Ia juga mencerminkan pengabaian komuniti OKU oleh mereka yang berkuasa sejak dahulu lagi. Daripada memperlekehkan komuniti OKU atas isu ini, kami menggesa anda untuk berinteraksi dengan komuniti OKU secara bermakna, demi memahami keluasan dan kedalaman pengalaman kami.
Komuniti OKU berharap anda melangkah di atas jalan yang betul. Jalan yang bekerjasama dengan kami secara bermakna. Jika anda tidak mengendahkan suara akar umbi dan pemimpin pertubuhan masyarakat sivil komuniti OKU, anda secara berkesan menyalahgunakan kedudukan anda untuk membatalkan semua kerja keras dan pengorbanan aktivis OKU – yang kebanyakannya tidak mendapat kredit mahupun pampasan untuk kerja-kerja keras yang dilaburkan bagi memajukan hak OKU.
Seorang aktivis Pekak
Tempoh lantikan Tuan Senator telah pun melepasi separuh penggal. Berikutan penampilan sulung anda pada Dewan Negara pada 3 April 2024 di Parlimen, di mana anda menjemput semua untuk menyertai anda untuk “berdiri di atas sebelah kaki untuk satu minit”, tempoh jawatan anda setakat ini dititik penuh dengan kekurangan tindakan yang bermakna untuk komuniti OKU. Ini amat mengecewakan.
Kami menggesa Tuan Senator untuk merebut peluang tempoh pelantikan anda: mendayakan tindakan yang sewajar dan substantif untuk reformasi yang proaktif dan nyata. Abaikan tindakan yang bersifat simbolik semata-mata untuk peluang berswafoto bersama komuniti OKU.
Advokasi hak asasi OKU bukan tentang lagak dangkal atau mengambil perlindungan palsu atas tindakan yang hanya berbau eufemisme. Demi manfaat sesama dan kemajuan seluruh komuniti OKU, advokasi kami perlu bertumpu kepada realiti nyata kehidupan kami, iaitu diskriminasi dan penafian sistemik hak OKU.
Nampaknya sudah tiba masa Rakyat, yang termasuk ahli komuniti OKU, menuntut proses audit daripada semua wakil rakyat dan penjawat awam lantikan kerajaan. Ini untuk menilai pencapaian tempoh pelantikan mereka dalam pengukuhan undang-undang dan dasar-dasar berkenaan dengan komuniti OKU kami dari segi kesaksamaan jantina dan kepekaan terhadap penuaan. Berpatutan juga usaha mereka untuk memenuhi keperluan komuniti OKU dinilai secara umum dan telus.
Dalam kes anda, YB Senator Isaiah Jacob, sebagai asas untuk mempelopori kerjasama di antara pelbagai Kementerian demi keterangkuman OKU, tepuk dada anda dan beranikan untuk menerima 5 cabaran di bawah dan maklumkan kepada kami:
Apakah yang telah dicapai dalam tempoh pelantikan anda?
Organisasi dan aktivis hak OKU yang manakah telah anda bertemu dan bekerjasama secara aktif dan bermakna?
Jawatankuasa dan sesi libat urus manakah yang telah anda hadiri untuk memahami keperluan komuniti OKU?
Di manakah boleh kami mendapat tahu kertas kerja atau notis perancangan anda untuk komuniti OKU dalam bentuk boleh capai?
Apakah usaha anda untuk membantu Malaysia menyediakan laporan awal negara tentang Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya yang telah diratifikasi oleh Malaysia, yang telah gagal diserahkan sejak 2012 sehingga kini?
Populasi Malaysia terdiri daripada 16% OKU dan angka ini semakin meningkat. Terutamanya dengan penuaan Rakyat Malaysia yang semakin pesat, peningkatan penyakit kronik dan peningkatan isu-isu kesihatan mental. Di antara rakyat Malaysia berumur 60 ke atas, 50.8% mengalami kesulitan fungsi dari segi penglihatan, pendengaran, memori dan mobiliti.
Isu-isu komuniti OKU tidak boleh lagi sering diketepikan oleh kerana kepimpinan yang tidak berkesan dan perwakilan yang lemah. Untuk mewakili komuniti OKU secara berkesan, adalah mustahak sekali untuk wakil komuniti kami untuk memahami secara mendalam dan terperinci tentang hubungan ketidakupayaan-jantina-penuaan.
Komuniti kami patut diwakili seorang Senator OKU yang melaburkan masa dan usaha untuk memahami evolusi hak OKU di peringkat antarabangsa dan domestik. Senator tersebut mesti berganding bahu dengan komuniti OKU kami untuk memenuhi hak OKU secara nyata dan segera di Malaysia.
Kami memandang baik rekod anda sebagai Rakyat Malaysia dalam aktivisme menentang ketidakadilan dan melindungi alam sekitar. Kami berbangga apabila ahli komuniti OKU kami terlibat dalam aktivisme arus perdana untuk Malaysia.
Seperti anda, kami juga berketidakupayaan. Ramai di antara kami juga mengalami pengalaman hidup yang sepadan dengan anda. Kami memahami keperitan pengalaman ini. Tetapi, zaman telah berubah. Pemahaman tentang ketidakupayaan dan perkembangan hak asasi manusia telah maju ke hadapan.
Kita semua mesti menyedari bahawa ableisme telah tersemat secara mendalam dalam masyarakat kita. Kita perlu meneliti pemikiran dan perasaan dalaman kita — adakah label “Orang Kurang Upaya” yang menderitakan identiti kita? Ataupun stigma yang mengiringi label tersebut punca yang sebenarnya?
Komuniti OKU, dan juga mereka yang mengaku sebagai pemimpin komuniti ini, mesti berani dan bersedia untuk melapangkan hati dan mengatasi pengalaman peribadi kita, untuk bangkit sebagai satu komuniti yang kukuh bersamai. Ini adalah supaya kita dapat menuntut hak dan kedudukan kita yang sah dan sewajarnya dalam masyarakat. Kita tidak boleh lagi hidup di bawah bayang-bayang mereka yang bukan OKU. Kita tidak patut berusaha bertungkus-lumus untuk mengejar erti menjadi seorang yang “normal”.
Kami menyerukan kepimpinan yang berempati, inklusif dan teguh — bukan sahaja untuk menghargai, atau menguatkan kepelbagaian suara komuniti OKU, tetapi juga mengiktiraf cabaran kami dan membolehkan kami bangkit bersama.
Kami perlukan pemimpin yang menunaikan janji mereka untuk mengembalikan hak asasi OKU, yang selaras dengan prinsip-prinsip yang tidak bersifat ableisme, seksisme dan ageisme. Seorang pemimpin yang berusaha secara konsisten untuk memartabatkan komuniti OKU. Adakah anda akan menjadi pemimpin yang layak untuk kami semua?.
Terima kasih.
Surat ini akan diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai maklum balas komuniti OKU kami atas pelantikan Senator bagi OKU.
Ditandatangani oleh:
OKU, Wakil-wakil Pertubuhan untuk OKU, Pembela Hak OKU yang juga IbuBapa, Rakan Sepenjagaan, Ahli Keluarga dan Ahli-ahli Profesional dalam Perkhidmatan untuk OKU
1. Beatrice Leong, Autistic; Autistic Rights Advocate; Founder of AIDA (Autism Inclusiveness Direct Action Group); Documentary Filmmaker.
2. Dato’ Dr Amar-Singh HSS, person with dyslexia; child-disability activist; Advisor National Early Childhood Intervention Council; Advisor, National Family Support Group for Children & People with Special Needs; Member, The OKU Rights Matter Project.
3. San Yuenwah, older person with invisible disabilities; dementia care partner; Member, The OKU Rights Matter Project; Member, Harapan OKU Law Reform Group.
4. Ng Lai-Thin, dementia care partner and care partner to an adult sibling with intellectual disability; Project Lead, National Early Childhood Intervention Council; Member, The OKU Rights Matter Project.
5. Anit Kaur Randhawa, parent advocate; Co-Chairperson, Bar Council Ad Hoc Committee on Persons with Disabilities for the 2024/2025 tenure; Member, The OKU Rights Matter Project; Member, Harapan OKU Law Reform Group.
6. Meera Samanther, parent advocate; disability rights and gender equality activist; Co-Chairperson, Bar Council Ad Hoc Committee on Persons with Disabilities for the 2024/2025 tenure; former President, Association of Women Lawyers (AWL) and Women’s Aid Organisation (WAO); Executive Committee Member, AWL; Member, Harapan OKU Law Reform Group.
7. Naziaty Mohd Yaacob (PhD), older person with multiple disabilities; dementia care partner; Member (2008-2012), National Council for Persons with Disabilities / Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU); Associate Professor, Department of Architecture, Universiti Malaya (retired).
8. Anthony Chong (PhD), Deaf activist; Co-Founder-Secretary, Deaf Advocacy and Wellbeing National Organisation (DAWN) / Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia.
9. Yap Sook Yee, parent to a child with rare disease, child-disability advocate.
10. Hasbeemasputra Abu Bakar, Disabled Disability Advocate; Rangkaian Solidariti Demokratik Pesakit Mental (SIUMAN).
11. Yana Karim, Boleh Space Co-Founder.
12. Ahmad Daniel Sharani, wheelchair user; Deputy President, Persatuan OKU Sentral.
13. Aida Othman, Person with Dyslexia; EXCO of AIDA (Autism Inclusiveness Direct Action Group).
14. Ajong Anak Sidim (LL.B), Blind retired Sime Darby employee (technical specialist, contracts on trade marks).
15. Albert Wong, Chairman, Deaf advocate; Sarawak Society for the Deaf (SSD).
16. Alex Teoh, Deaf person, Kedah.
17. Allida MS, parent to a youth with Achondroplasia; rare disease advocate.
18. Alvin Teoh, Parent of OKU Penglihatan; Parent Advocate & Advisor for National Family Support Group for Children & People with Special Needs.
19. Amanda Lim (Master’s in Advanced Marketing), Deaf and Hard-of-Hearing advocate; care partner for adults with disabilities.
20. Amin Zuhaili Bin Mansor, Deaf advocate; President, Negeri Sembilan Association of the Deaf (NESDA).
21. Anita Abu Bakar, mental health and wellness advocate with lived experience of mental health issues; President and Founder, Mental Illness and Support Association Malaysia (MIASA Malaysia).
22. Antony Leopold, double crutch user and wheelchair user; advocate for accessible tourism; owner-manager (since 2004) of a travel business on accessible tourism; President (since 2019 – present), Asia-Pacific Network on Accessible Tourism.
23. Ayahanda Hj Ismail, Pengerusi, Kelab Kecacatan Fizikal Selangor (KKFS).
24. Ayappan A/L Ramalingam, Deaf person; Selangor.
25. Azhari Ibrahim, Pengerusi, Persatuan Orang Kurang Upaya Putrajaya (PROCJAYA).
26. Azlina binti Ahmad Annuar, dementia care partner; researcher.
27. Ch’ng B’ao Zhong, Autistic Adult.
28. Chai Jing Yun, Autistic Adult; Member of AIDA (Autism Inclusiveness Direct Action Group).
29. Chan Kah Khong, Deputy President, Federation School for the Deaf Ex-Pupil Association Pulau Pinang (FSDeaf).
30. Chan Sau Yin, native Blind spouse, and mother (WP KL-based) of 3 sighted adults (professionals and a college student).
31. Chan Shiu Sum, psychologist working with autistic and ADHD children.
32. Dr Cheah Boon Eu, Autistic, ADHD; Medical Officer; EXCO of AIDA (Autism Inclusiveness Direct Action Group).
33. Cheah Kean Wee, Vice-President II, Penang Deaf Association (PDA).
34. Chen Soon Wah, newly-blind; under training (orientation and mobility, and daily living skills); Customer Service Manager (200 supervisees) until blindness.
35. Chen Wei (PhD), senior citizen dementia care partner; retired academic; supporter of fundraising for OKU civil society organizations (CSOs).
36. Chin Chin Tan, individual with cerebral palsy; former student of the Cerebral Palsy (Spastic) Children’s Association of Penang.
37. Ch’ng B’ao Zhong, Autistic Adult.
38. Chng Cheng Hui, Executive Secretary, Persatuan Orang Bermasalah Pelajaran (PERKOBP).
39. Choo Kar Choon, Deaf person, Penang.
40. Dr Choy Sook Kuen, Mother; Founder, Oasis Place; Kita Family Podcaster.
41. Christine LEE Soon Kup, wheelchair user; accessible public transport advocate; Co-Founder, Barrier-free Environment and Accessible Transport (BEAT).
42. Chua Hock Meng, Deaf father of 2 Deaf children, Kuala Lumpur.
43. Chuah Swee Hwang, mother of Autistic son; teacher (retired).
44. Chuan Sie Ying, Deaf person, Johor Bahru.
45. Daniel Cheong, OKU with physical disabilities; senior citizen; professional in accountancy.
46. Datuk (Dr) Ras Adiba Radzi, wheelchair user; President, Persatuan OKU Sentral.
47. David Ngu Tai Giin, President, Sibu Autistic Association and parent of a child with autism.
48. Desiree Kaur, Parent Advocate & Founder, Project Haans; Kita Family Podcaster.
49. Dexter Nuing Lyrym anak Paong, Deaf member, SSD, Sarawak.
50. Dunstan Soo Guan LIM, physically disabled person; advocate for OKU peer access to skills training for employment and self-employment; Chairperson, Sarawak OKU Skills Development Association (SOSDA); President, SOSDA Para Taekwondo Club.
51. Elijah Irwin, Blind ICT user; supporter of disability-inclusive digital accessibility and OKU rights; qualified and practising dentist prior to blindness.
52. Elijah Nathaniel Baxter, Autistic; brother to autistic adult; physiotherapist (services for older persons), Kota Kinabalu.
53. Elizabeth Ang, polio survivor; Member, Persatuan Orang-orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM).
54. Ernest Teoh, person with visual impairment; university graduate (English).
55. Esther Lim Beng Kwan, wheelchair user; lawyer (retired); trainer and peer counsellor of independent living for disabled persons.
56. Fadzilah bt Din (PhD), Mother of autistic son.
57. Fakhruddin Bin Zakaria, Presiden, Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT).
58. Fatimah Raiyeesha, OKU in a wheelchair, OKU rights advocate through KKM and Chevening Alumni Malaysia.
59. Feilina Feisol, parent advocate; Member (2018-2020), National Council for Persons with Disabilities / Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU); past Chairman and present Board Member, National Autism Society of Malaysia (NASOM); Board Member, Ronald McDonald House of Charity (RMHC); Member, Harapan OKU.
60. Fiona Kwok Wai Peng, Care partner of a parent with dementia, Selangor.
61. Fiona TEH, mother of autistic son; care partner to senior citizen OKU family member.
62. Foo Ruishan, Deaf person, Selangor.
63. Gan Jun Qi, parent to 5 year-old child with autism diagnosis; entrepreneur.
64. Gary Lee, Blind teacher (retired).
65. Gejaletchumi a/p Murugaya, Deaf poet, Selangor; Member, Malaysian Sign Language and Deaf Studies Association (MyBIM).
66. Goh Bee Hiang, Parent of OKU Penglihatan; Member, National Family Support Group for Children & People with Special Needs.
67. Grace Ng, OKU with physical disabilities; senior citizen; engineering professional.
68. Hasnah Toran, mother of 2 adults with autism; academic.
69. Haymasuthan a/l Periasamy, Deaf photographer; Champion, Photography (Studio) skill category, 9th International Abilympics, France, 2016.
70. Heng Chin Hai, Deaf citizen, Johor Bahru.
71. Ho Lee Ching, Tourette Syndrome+; Theatre maker and dance/movement therapist.
72. Ho Seng Fatt, Deaf person, Perak.
73. Hoo Hwee Shan, Deaf person, Penang.
74. Isham bin Pawan Ahmad (PhD), Father of autistic son.
75. Jacqueline Lingham, sister to brother with Down Syndrome; Co-founder of Persatuan CHILDSabah; passionate about arts for children/PWDs.
76. Jessica Chong, Deaf data entry clerk.
77. Jessica Mak, Deaf advocate; President, Malaysian Sign Language and Deaf Studies Association (MyBIM) / Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia and Pengajian Pekak.
78. Joanna Ee, Deaf person, Selangor.
79. Jerry Tong Kai Wei, Autistic Adult, Graphic Designer and PR Officer, Member of AIDA (Autism Inclusiveness Direct Action Group).
80. Kaveinthran, native Blind, disabled independent human rights activist.
81. Kevin Mak Wai Kim, Deaf member, MyBIM, Selangor.
82. Khor Ai-Na, Chief Executive Officer, Asia Community Service, Penang.
83. Kimberly Ngo Sau Kum, Deaf BIM instructor, RC Deaf Mission.
84. Kung Tze Zern, Presiden, Persatuan Orang Sukan Pekak Pulau Pinang.
85. Lau Ek Bin, Deaf woman, Sarawak.
86. Lauren Chin, Autistic and ADHD adult, Petaling Jaya, Selangor.
87. Law King Kiew, wheelchair user; Paralympic Athlete.
88. Lee Khiam Jin (PhD), father to an autistic adult; Assistant Secretary to Minds Association of Penang (MAP); academician, Malaysia University of Science and Technology.
89. Lee Nyook Loong, Deaf person, Selangor.
90. Lee Sheng Chow, Blind Paralympic Athlete; owner-manager of Blind massage business.
91. Lee Tur Chung, Deaf PhD candidate (in the US), Selangor.
92. Leela Koran, dementia care partner; researcher.
93. Leim Siew Kok, OKU Pendengaran, Perak.
94. Leong Tze Han, Deaf person, Penang.
95. Li Sing Puang, Deaf person, Sarawak.
96. Lim Kah Cheng, OKU grandmother of 4; retired lawyer; Honorary Secretary of BOLD, Penang; a friend of rivers.
97. Lim Saw Gaik, Founder and Director, Siloam House, Karak.
98. Lim Sow Seng, polio survivor.
99. Lim Tien Hong, Blind advocate; Advisor and Immediate Past President, Penang Independent Living Association of the Disabled (PILAD).
100. Loh Kon Ken, Blind advocate for the rights of Blind persons; retired from employment in university administration.
101. Lu Chieng Hoong, concerned citizen and parent of children with disabilities, Bintulu, Sarawak.
102. Lucy Tan SC, wheelchair user; senior citizen (retiree).
103. Luqman Hakim Mohd Khialdin, Autistic Adult; Independent Comic Artist.
104. Mabel Gong Siew Choo, dementia care partner; civil society organisation accounts and administration officer.
105. Datin Mahmuda Bibi, senior citizen with disability; family member with OKU; retired teacher.
106. Maizan Nordin, wheelchair user; university graduate; Member (2021-2024) of Majlis Belia Orang Kurang Upaya (MBOKU).
107. Margaret Chang Ai Ling, dementia care partner; retired media management executive.
108. Marina Tan, Adult with ADHD; Arts practitioner and writer.
109. Mary Chen, parent and disability rights advocate.
110. Marzuki Ong bin Maliki Ong, Deaf advocate; Advisor, Sabah Deaf Muslim Association (DMSabah).
111. Matthew Oswaldo Velazque, Deaf person, Selangor.
112. Melinda Cheah, wheelchair user private sector retiree.
113. Melvin Tan, Deaf person, Selangor.
114. Mike Chung, Member, Pertubuhan Orang Cacat Cina Malaysia (POCCM).
115. Miza Marsya binti Roslan, Individual living with Rare Disease; Assistant Secretary of Spinal Muscular Atrophy Malaysia (SMAM); UNICEF Young Leader.
116. Mohammad Faizal Che Yusof, native Blind; Peguambela Peguamcara Yang DiPertua, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis Malaysia).
117. Mohd Fauzi bin Abdullah, Pengerusi, Persatuan Insan Istimewa Daerah Jempol (PIIDJ).
118. Mohd Ridzwan bin Warisi, Person with Visual Disability (Low Vision); Bachelor of Laws (LL.B, IIUM); Advocates & Solicitor of the High Court of Malaya & Sole Proprietor of Ridzwan Warisi & Co.
119. Mohd Rizal Mat Noor, Chairman, Persatuan Advokasi Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (MASAA).
120. Moses Choo, Blind Expert on ICT Use by Blind persons; Blind advocate; Member (2016-2021), National Council for Persons with Disabilities / Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU).
121. Muhammad Hafiz Siraj, Deaf person with Cerebral Palsy, Selangor.
122. Prof Dr Nazirah Hasnan, Director, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
123. Nazri Md Zin, Pengasas, Rumah Harapan Nuraafiyah Sungai Buloh.
124. Ng Shu Tzu, Deaf mother, Selangor.
125. Dr Ng, Sui Yin, Consultant Paediatric Neurologist and Board Chair of Malaysian Autism Resource Foundation.
126. Nik Nadia Nik Mohd Yusoff, parent of two autistic teenagers; Podcaster for Kita Family podcast.
127. Nor Azman bin Sharif Hassan, OKU Pendengaran dan Bisu, Penang/Selangor.
128. Nori Abdullah Badawi, parent advocate; We Rock the Spectrum Kid’s Gym; Kita Family Podcast.
129. Ong Hwei Ling, Deaf advocate; President, National Organisation of Malaysian Sign Language Instructors (NowBIM) / Pertubuhan Kebangsaan Pengajar Bahasa Isyarat Malaysia
130. Ong Yen Fang, Deaf member, Penang Deaf Association (PDA).
131. Ooi Ai Peng, OKU (post stroke physical disability); unemployed single mother.
132. Ooi Aik Chan, social worker; caregiver and family member of PwD.
133. Pang Qi, Deaf person, Kuala Lumpur.
134. Pauline Wong, advocate for People with Special Needs; Director of Siloam House, Pahang; Senior Director of Malaysian CARE; Advisor of Bloomers Employability Skills Training; Special Education Consultant.
135. Peter Pui, person with hearing disability; website developer.
136. Peter Tian, Deaf person, Sabah.
137. Pheh Kai Shuen, Person with Dyslexia; Clinical Psychologist; Licensed and Registered Counsellor (KB02160; PA01609); Head of Programme and Lecturer at the Universiti Tunku Abdul Rahman.
138. Prudence Lingham, mother to 2 adult OKU; sister to adult OKU; speech therapist/founder, The Therapy Tree, Kota Kinabalu.
139. Raul Lee Bhaskaran, ADHD and Autistic; Solicitor, Music Producer; EXCO of AIDA (Autism Inclusiveness Direct Action Group).
140. Rezafarish Yusop Khas, Pengasas, Pusat Urut Terapi OKU Shah Alam.
141. Rita Ngadol Scourse, dementia care partner; professional freelance translator.
142. Rosali bin Md Nasid, Pengerusi, Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI).
143. Ruziah binti Ghazali (PhD), Little Person; Member of Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) (2017-2021).
144. Ruzita binti Mohd. Amin (PhD), wheelchair user; Member of National Council for Persons with Disabilities / Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) (2012-2016).
145. Sabrina Yeoh Chin Choo, double crutch user; Business Development Executive.
146. Sah Henn Wei, Parent of gifted child.
147. Saiful Bin Abdul Hamid, dementia care partner; dementia and care advocate for the local community and care partners in need of support.
148. Sakinah Bibi, single crutch user; President of Persatuan Titian Pemangkin.
149. Salwa Mohd Saleh, Parent Advocator & Founder of Wonder Parents Legacy; Parent of 3 OKU Children (Intellectual Difficulties, Dyslexia & ADHD, Autism).
150. Sam Wong, person with physical disability; supporter of Barrier-free Environment and Accessible Transport (BEAT); advocate for disability rights.
151. Sangeet Kaur Deo, advocate and solicitor; Member, Harapan OKU Law Reform Group.
152. Sariah Ibrahim, Deaf advocate; Advisor, NESDA, Selangor.
153. Sha Roose, Disabled person living with Spinal Muscular Atrophy Type 3; Universal Accessibility Advocate.
154. Sharifah Tahir, dementia and care partner advocate; Founder, UMI.
155. Shurendar Selva Kumar, brother of OKU adult.
156. Shyielathy Arumugam (PhD), Parent Advocate; Advisor of National Family Support Group of Children and People with Special Needs; Inclusive Education Advocate.
157. Sia Siew Chin, wheelchair user; President, Malaysian Independent Association for the Disabled, (MILAD); President, the Society of the Chinese Disabled Persons.
158. Siti Sarah Jasni, Autistic and ADHD Adult; PwD Employment Trainee.
159. Srividhya Ganapathy, person living with ADHD; Co-chair, CRIB Foundation.
160. Stephen Lee, Deaf Senior citizen, Kuala Lumpur Society for the Deaf.
161. Suhaimi bin Sapar, physically disabled person (Masters in Land Administration & Development, Universiti Teknologi Malaysia); Maybank employee.
162. Suhairi bin Abdullah, President, Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (POKUAM).
163. Surendra Ananth, Human Rights Lawyer; Member of Bar Council Ad Hoc Committee on Persons with Disabilities.
164. Susielawatie bt Hassim, Deaf Malaysian Sign Language (BIM) user; Secretary, Deaf Women Club.
165. Suzaini Zaid (PhD), Dyslexic, Advocate, Senior Lecturer, Universiti Malaya.
166. Syar Meeze Mohd Rashid, advocate for OKU inclusion; Chairperson of Yayasan FAQEH (provides Islamic education to children with disabilities).
167. Tan Kuan Aw, artist with multiple disabilities; veteran disability rights activist.
168. Tang Kah Hung, Blind person; President, Chinese Cultural Association of the Blind in Malaysia.
169. Tay Chia Yi, speech-language therapist, Malaysian Association of Speech-language & Hearing (MASH).
170. Tengku Arman Harris bin Tengku Ismail, President, Terengganu Association of the Deaf (POPT).
171. Teoh Chia Ling, Deaf person, Penang.
172. Teong Chia Ying, Occupational Therapist.
173. Teresa Chong Hui Chen, Deaf person, Selangor.
174. Thangaveloo a/l Varathan, Blind peer supporter; Secretary, Pertubuhan Kebajikan Orang Buta Pulau Pinang.
175. Tien An Hui, Deaf person, Penang.
176. Timothy Yee, Deaf person, Selangor.
177. Vicky Chan, Deafblind person; advocate for the rights of Deafblind persons; Member, Harapan OKU; Vice-President (2013 and 2014), Adult Blind Association of Selangor (ABAS).
178. Wan Aklima, Deaf person, Perak.
179. Wong Hui Min, President, National Early Childhood Intervention Council, Malaysia.
180. Wong Jia Yaw, Deaf university student (WP KL-based).
181. Wong Mei Yong, Deaf mother of a Deaf child, Selangor.
182. Wong Poh Im, Blind housewife (over 40 years).
183. Wong Tze Peng (PhD), Associate Professor of Special and Inclusive Education, Speech-Language Therapist, School of Education, University of Nottingham Malaysia.
184. Wong Wei Yin, newly-blind; trained and working as a masseuse.
185. Yew Ling Lee, wheelchair user with Spinal Muscular Atrophy; motivator; award recipient (Ten Outstanding Young Malaysians); Personal Assistant to Director of Dual Blessing Bhd (CSO, occupational training for PwDs).
186. Yip Chee Kean, Deaf person, Selangor.
187. Yogeswari Veerakathy, Deaf English teacher for Deaf students, Kuala Lumpur.
188. Yong Hooi San, BIM instructor, Deaf person, Penang.
189. Yong Siew Ling, Hard-of-Hearing person, Selangor.
190. Yow Chun Hong, person with spastic cerebral palsy; Accounts Executive, Dual Blessing Bhd (civil society organization, occupational training for PwDs).
191. Yusof Hamid, Pengerusi, Persatuan OKU Fizikal Negeri Sembilan (OKUF9).
192. Dr. Zahilah Filzah Zulkifli, Consultant Paediatrician and Co-Founder of doktorbudak; SPELL Lead Trainer.
193. Zamri Mansor, Pengerusi, Persatuan Pengguna Kerusi Roda Malaysia (PPKRM).
194. Pertubuhan-pertubuhan OKU (ditubuhkan oleh dan bagi OKU)
195. AIDA (Autism Inclusiveness Direct Action Group).
196. Akademi Remaja Islam Autisma (ARISMA).
197. Asia Community Service, Penang.
198. BOLD Penang.
199. Boleh Space, Disabled-led Disability Rights Advocacy Movement.
200. Deaf Advocacy and Wellbeing National Organisation (DAWN), Malaysia / Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia.
201. Kita Family Podcast.
202. Kiwanis Khir Johari Foundation (KKJF).
203. Malaysian Sign Language and Deaf Studies Association (MyBIM) / Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia and Pengajian Pekak.
204. Mental Health Association of Sarawak.
205. Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA) Malaysia.
206. National Organisation of Malaysian Sign Language Instructors (NowBIM) / Pertubuhan Kebangsaan Pengajar Bahasa Isyarat Malaysia.
207. OKU Sentral.
208. Persatuan CHILD Sabah.
209. Persatuan Raudhah Autisme Islam Selangor.
210. Persatuan Sukarelawan Komuniti Cerebral Palsy.
211. Pertubuhan Sokongan Remaja Istimewa Perlis (PESTEC).
212. Rangkaian Solidariti Demokratik Pesakit Mental (SIUMAN).
213. Sarawak OKU Skills Development Association (SOSDA).
214. Sarawak Society for the Deaf (SSD).
215. Siloam House, Karak.
216. The OKU Rights Matter Project.
217. UMI, Dementia Care and Resource Center.
218. Rakan-rakan Sekutu OKU (pertubuhan dan individu)
219. All Women’s Action Society (AWAM).
220. Association of Women Lawyers (AWL).
221. CRIB Foundation.
222. EMPOWER.
223. Family Frontiers.
224. Justice for Sisters.
225. KRYSS Network.
226. Our Journey.
227. Perak Women for Women Society (PWW).
228. Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO).
229. Sarawak Women for Women Society (SWWS).
230. Sisters in Islam.
231. Tenaganita.
232. The Talisman Project.
233. Women’s Aid Organisation (WAO).
234. Women’s Centre for Change (WCC), Penang.
235. Abraham Au, Human Rights Lawyer; Executive Committee Member of the National Human Rights Society (HAKAM).
236. Ahnaf Azmi, lawyer.
237. Armani Shahrin, Founder, NakSeni; <IncluCity.my>.
238. Dato’ Seri Anwar Fazal, Dr Wu Lien-Teh Society Penang.
239. Asha Devi d/o JD Singh, Child Protection Advocate.
240. Azril Mohd Amin, Chairman, Centre for Human Rights Research & Advocacy (Centhra), Malaysia.
241. Dr Betty Kong Ming Khian, General Medical Practitioner, Sibu, Sarawak.
242. Bhavani Balasingham, pharmacist.
243. Calysta Tay, BIM interpreter, Interpreters and Translators Association for Selangor and Kuala Lumpur Deaf Community (JUPEBIM).
244. Dr Chin Saw Sian, Paediatrician, Kuching, Sarawak.
245. Faezah Hanem Jafrey, Quantity Surveyor ARH Jurukur Bahan Sdn Bhd (retired).
246. Gan Hao Zhan, hearing ally of Deaf community, Selangor.
247. Geetha Arasu, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
248. Geetha Shanmuganathan, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
249. Gigi Teoh, hearing ally, Interpreters and Translators Association for Selangor and Kuala Lumpur Deaf Community (JUPEBIM).
250. Gill Raja, social work lecturer (retired), Kuching, Sarawak.
251. Dr Gowri Balasegaram, medical practioner.
252. Hashimah Abdullah, retired former Project Management Dept (Architecture & Town Planning Services).
253. Jeyalan a/l P.T. Samanther, dentist.
254. Kalaletchmi Pathmanathan, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
255. Kalavathy Subramaniam, accountant.
256. Kamariah Rahmah, Volunteer/Lawyer, Supporting OKU equal access to Financial Services and better Human Rights Recognition.
257. Laura Kho, mental health policy consultant, Mind Brew.
258. Datin Khoo Pek Ling, Chartered Accountant; senior citizen supporter of older peers, including OKU.
259. Kuhan Balasegaram, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
260. Kumaresh Senathirajah, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
261. Dr Kunahlan Samanther, medical practitioner.
262. Lim Cheng Bock, lawyer.
263. Ling How Kee (PhD), social work educator and advocate (gender equality and disability rights), Kuching, Sarawak.
264. Malini Balachandran, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
265. Mohd Nazari Ismail, academician and relative of autistic children.
266. Nanthan Balachandran, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
267. Nor Asfida Dahlan, Senior Finance Supervisor- Saudi Arabian Airlines (retired).
268. Norehan Harun, Educator & Kementerian Pendidikan Malaysia examiner (retired).
269. Ravindran Robert De Silva, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
270. Rosheen Fatima Mutalip, Caregiver, Performing Arts Practitioner.
271. Roslina Abdul Manap, Specialist clinician, educator, administrator and researcher, UKM (retired).
272. Dr Roswati Muhammad Noor, trainer of medical practitioners, and researcher.
273. Tun Salimah binti Abdul Rahman, Operations accountant (retired).
274. S. Poobun A/L Sivanadian, accountant.
275. Dr Saradha Narayanan, medical practitioner.
276. Saubin Yap, Artist and Lecturer at the Multimedia University.
277. Shane Capri Chin, Arts Educator.
278. Suhana Hanum Osman, Senior Manager Finance Capability Petronas (retired).
279. Sunitha Shanmuganathan, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
280. Susan Siew, gender equality, and maternal and child health advocate; Vice-President, Women’s Centre for Change, Penang.
281. Dr Syed Abdul Khaliq, Consultant Paediatrician and Neonatologist, Hospital Pakar An-Nur.
282. Vasantha Somusundram, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
283. Dr Vasanthi Govindasamy, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
284. Vasini Balachandran, accountant.
285. Vikneswaran Sivanadian, supporter of legal upholding and protection of OKU rights.
286. Wan Puspa Melati (PhD), Taylor’s University.
287. Yasodha Selvaratnam, financial analyst and human resource management specialist.
Kommentarer